Monday, 12 August 2013

Pada 19 Jun 2013,panitia pendidikan islam telah mengadakan sebuah teknik menjawab soalan Pendidikan Islam bagi pelajar-pelajar tingkatan 5.Program tersebut telah berjalan di Musolla Al-Munawwarah SMK USJ 8.Objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan teknik menjawab soalan Pendidikan Islam SPM dengan bertul kepada calon SPM.Selain itu,untuk memastikan calon SPM tidak melakukan kesilapan ketika menjawab kertas soalan Pendidikan Islam sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia nanti.
Program Ceramah Israk dan Mikraj telah berlangsung pada 14 Jun 2013.Program tersebut telah diadakan di Surau Al-Munawwarah SMK USJ 8.Objektif program tersebut diadakan adalah untuk mendidik murid memperingati hari-hari kebesaran dalam Islam.Selain itu,untuk mendidik jiwa murid agar sentiasa mengerjakan ibadat solat dengan hati yang ikhlas.Seterusnya ceramah tersebut dijalankan juga adalah untuk memperbaiki akhlak dan cara hidup murid-murid Islam agar menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.Di samping itu,untuk memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu Islam dalam kalangan murid Islam.Akhir sekali, adalah untuk menghayati peristiwa yang berlaku dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.
     Karnival Seronok Belajar telah diadakan pada 17/04/2013 bertempat di ruang legar SMK USJ 8.Panitia Pendidikan Islam turut mengadakan 3 aktiviti yang bersifat 'fun fair'iaitu Kuiz Pendididkan Islam , Teka Lirik Lagu Nasyid dan menghafaz ayat-ayat hafazan{mengikut sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4}.Objektif program :
i.Memupuk semangat bekerjasama antara murid dengan murid dan murid dengan guru semasa melaksanakan   aktiviti berkenaan.
ii.mencungkil bakat-bakat dan kreativiti murid melalui aktiviti yang dijalankan.
iii.mendedahkan murid-murid kepada aktiviti yang menarik dan menyeronokkan dalam usaha memupuk daya    inovasi dalam diri murid.
iv.mendorong murid menjana idea melalui pemikiran kreatif dengan pelbagai aktiviti panitia.
v.menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pada 08/02/2013 , Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan suatu program Ceramah Maulidur Rasul.
Objektif  ceramah adalah untuk
i.menjadikan ketabahan dan cara hidup Rasulullah SAW sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan.
ii.mendidik murid memperingati hari-hari kebesaran umat islam
iii.Memperbaik akhlak dan cara hidup murid-murid islam agar mengikut sunnah Rasulullah SAW supaya        menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat
iv.memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan t.