Pada 17 Julai 2012 baru-baru ini, seramai 42 orang murid Islam tingkatan 5 SMK USJ 8 telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang bertempat di Shah Alam. Kunjungan ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini bermula dengan taklimat daripada pegawai mahkamah tentang mahkamah dan perkara yang berkaitan. Selepas itu, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mendengar kes-kes berkaitan di mahkamah rendah dan mahkamah tinggi. Antara kes yang dibicarakan di mahkamah rendah ialah kes penceraian, hak penjagaan anak (bawah RM3000) dan lain-lain. Manakala kes-kes di mahkamah tinggi ialah poligami, hak penjagaan atas (atas RM 3000) dan lain-lain. Program di mahkamah berakhir dengan jamuan ringan.
Tepat jam 12.00 tengah hari, semua peserta bertolak ke Kompleks PKNS untuk makan tengah hari. Tepat jam 2.00 petang, rombongan menuju ke masjid negeri Shah Alam untuk solat zohor. Rombongan bertolak balik ke sekolah pada jam 3.00 petang.
No comments:
Post a Comment