Sunday, 2 September 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMAIE 2012

       Pada 14 Ogos 2012 yang lepas, satu Program Iftar Jamaie telah diadakan di SMK USJ 8. Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama JK Musolla Al-Munawwarah SMK USJ 8. Antara aktiviti yang turut diadakan serentak dengan proram ini ialah Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Yasin & Tahlil, Solat Maghrib & Isyak Berjemaah, Tazkirah Nuzul Quran dan  Majlis Sumbangan Kasih                ( Penyerahan Sumbangan Raya kepada murid-murid miskin dan anak-anak yatim SMK USJ 8.)
      Program bermula dengan pendaftaran peserta di hadapan pejabat sekolah pada jam 5.30 petang.Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada jam 6.25 petang di ruang legar SMK USJ 8. Majlis terpaksa dikendalikan oleh Cikgu Sull Hazry kerana pengendali jemputan iaitu Ustaz Hafiz terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Majlis diteruskan oleh Ustaz Hafiz yang tiba kira-kira jam 6.45 petang. Selesai majlis Khatam, majlis diteruskan dengan program Bacaan Yasin dan Tahlil yang turut dikendalikan oleh Ustaz Hafiz.
      Tepat jam 7.20 p.m, semua warga SMK USJ 8 yang hadir berbuka puasa dengan kurma dan air mineral yang telah diedarkan semasa pendaftaran. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah. selesai solat, murid-murid perempuan dan guru-guru menuju ke kantin untuk berbuka puasa dengan menu nasi tomato yang telah ditempah khas dari kantin menggunakan duit sumbangan ibu bapa dan guru. Manakala murid lelaki menjamu selera di bengkel pertanian.
       Program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah yang dijalankan di ruang legar.Selesai solat Isyak, Majlis Sumbangan Kasih diadakan. Seramai 29 orang murid telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai yang telah disampaikan oleh penegtua SMK USJ 8, iaitu Tn Hj Md Jamal bin Hj Bongkek. Majlis diteruskan dengan Tazkirah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz. Majlis berakhir dengan solat Terawih secara berjemaah.


 

Untuk melihat gambar-gambar lain, klik DI SINI















No comments:

Post a Comment