Tuesday, 4 September 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012


Program Ceramah Maulidur Rasul adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam. Ia bertujuan untuk mendidik murid memperingati hari kelahiran besar junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping menghayati peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

           Pada tahun ini, program Ceramah Maulidur Rasul diadakan di ruang legar Sek. Men. Keb USJ 8.  Pihak penganjur telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohammad Hafiz bin Abdul Khodir, Imam Masjid An-Nur,USJ 4 untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’. Majlis dipengerusikan oleh Encik Sull Hazry bin Mohd Ali yang bermula pada pukul 7.40 pagi sehingga 10.30 pagi.

          Majlis bermula dengan perarakan pentadbir, guru-guru dan murid-murid Islam di laluan yang telah ditetapkan. Mengikut perancangan asal, perarakan tersebut bermula di tapak perhimpunan menuju ke padang sekolah melalui bengkel pertanian. Daripada padang sekolah, akan bergerak  menuju ke  laluan  pejabat untuk berkumpul di ruang legar. Memandangkan keadaan padang yang agak becak disebabkan hujan, perarakan hanya melalui kantin sekolah sahaja.

  Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW dan tazkirah pendek yang disampaikan oleh pengerusi majlis. Penceramah sampai lewat 30 minit kerana kesesakan lalu lintas akibat berlakunya kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke SMK USJ 8. Sebelum penceramah menyampaikan ceramah, ahli kumpulan nasyid ‘Syababul Muslimin’ yang terdiri daripada murid-murid lelaki tingkatan 3, 4 dan 5 telah menyanyikan 2 buah nasyid yang bertajuk ‘Ya Nabi Salumun ‘alaika’ dan ‘Ya Rasulullah’ . Kemudian majlis diteruskan dengan   ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Hafiz bin Abdul Khodir . Ceramah yang berlangsung selama sejam setengah itu berjaya menarik minat guru dan murid untuk mengikutinya sehingga selesai.

          Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz Maulidur Rasul  yang telah dilakukan pada waktu P&P Pendidikan Islam mengikut kelas masing-masing. Sebelum majlis berakhir, Pengetua SMK USJ 8,  menyampaikan saguhati kepada penceramah. Selepas itu, pengerusi majlis menjemput penceramah dan para guru untuk menjamu selera di Cafe De U Eight, SMK USJ 8. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.


Lihat gambar-gambar lain, DI SINI

PERTANDINGAN NASYID DI MSU

Pada 9 Ogos yang lepas, kumpulan nasyid Hubbun Najah telah menyertai Pertandingan Nasyid sempena Ramadhan yang dianjurkan oleh pihak MSU, Shah Alam.Sebanyak 15 kumpulan telah bertanding. Antaranya kumpulan dari SMK TTDI, SMK Subang Bestari, SMK Meru, SMK Dato' Harun, SM Sains Alam Shah dan lain-lain. 13 kumpulan adalah kumpulan nasyid lelaki dan 2 kumpulan nasyid perempuan. Kumpulan yang mendapat tempat pertama adalah dari SM Sains Alam Shah.




Bergambar kenangan sebelum majlis berbuka puasa


Sunday, 2 September 2012

LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR 2012


      Pada 17 Julai 2012 baru-baru ini, seramai 42 orang murid Islam tingkatan 5 SMK USJ 8 telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang bertempat di Shah Alam. Kunjungan ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini bermula dengan taklimat daripada pegawai mahkamah tentang mahkamah dan perkara yang berkaitan. Selepas itu, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mendengar kes-kes  berkaitan di mahkamah rendah dan mahkamah tinggi. Antara kes yang dibicarakan di mahkamah rendah ialah kes penceraian, hak penjagaan anak (bawah RM3000) dan lain-lain. Manakala kes-kes di mahkamah tinggi ialah poligami, hak penjagaan atas (atas RM 3000) dan lain-lain. Program di mahkamah berakhir dengan jamuan ringan.
      Tepat jam 12.00 tengah hari, semua peserta bertolak ke Kompleks PKNS untuk makan tengah hari. Tepat jam 2.00 petang, rombongan menuju ke masjid negeri Shah Alam untuk solat zohor. Rombongan bertolak balik ke sekolah pada jam 3.00 petang.

Untuk melihat gambar-gambar lai, sila klik DI SINI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMAIE 2012

       Pada 14 Ogos 2012 yang lepas, satu Program Iftar Jamaie telah diadakan di SMK USJ 8. Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama JK Musolla Al-Munawwarah SMK USJ 8. Antara aktiviti yang turut diadakan serentak dengan proram ini ialah Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Yasin & Tahlil, Solat Maghrib & Isyak Berjemaah, Tazkirah Nuzul Quran dan  Majlis Sumbangan Kasih                ( Penyerahan Sumbangan Raya kepada murid-murid miskin dan anak-anak yatim SMK USJ 8.)
      Program bermula dengan pendaftaran peserta di hadapan pejabat sekolah pada jam 5.30 petang.Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada jam 6.25 petang di ruang legar SMK USJ 8. Majlis terpaksa dikendalikan oleh Cikgu Sull Hazry kerana pengendali jemputan iaitu Ustaz Hafiz terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Majlis diteruskan oleh Ustaz Hafiz yang tiba kira-kira jam 6.45 petang. Selesai majlis Khatam, majlis diteruskan dengan program Bacaan Yasin dan Tahlil yang turut dikendalikan oleh Ustaz Hafiz.
      Tepat jam 7.20 p.m, semua warga SMK USJ 8 yang hadir berbuka puasa dengan kurma dan air mineral yang telah diedarkan semasa pendaftaran. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah. selesai solat, murid-murid perempuan dan guru-guru menuju ke kantin untuk berbuka puasa dengan menu nasi tomato yang telah ditempah khas dari kantin menggunakan duit sumbangan ibu bapa dan guru. Manakala murid lelaki menjamu selera di bengkel pertanian.
       Program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah yang dijalankan di ruang legar.Selesai solat Isyak, Majlis Sumbangan Kasih diadakan. Seramai 29 orang murid telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai yang telah disampaikan oleh penegtua SMK USJ 8, iaitu Tn Hj Md Jamal bin Hj Bongkek. Majlis diteruskan dengan Tazkirah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz. Majlis berakhir dengan solat Terawih secara berjemaah.


 

Untuk melihat gambar-gambar lain, klik DI SINI















Saturday, 1 September 2012

SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 30 Ogos 2012, JPN Selangor telah menganjurkan solat hajat perdana di masjid negeri Shah Alam. Seramai 4 orang murid SMK USJ 8 telah dipilih untuk mengikuti program ini iaitu Zulbazli (5D),Kalim(5D),Afiq(5A) dan Afiq Safwan (3B). Program ini bermula dengan ceramah motivasi pada jam 9-11 pagi.Diikuti Majlis Perasmian Program pada jam 11 pagi. Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin & Tahli, solat Zuhur dan Solat Hajat berjemaah .Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari..
Bergambar kenangan di hadapan Masjid Negeri Shah Alam bersama guru pengiring, Ustazah Maimunah

Bergambar kenangan sebelum pulang ke sekolah