Monday, 29 October 2012

SAMBUTAN AIDIL ADHA

Pada 29 Oktober 2012, satu sambutan Aidil Adha telah diadakan di SMK USJ 8. Program yang asalnya dijadualkan berlangsung di Musolla Al-Munawwarah terpaksa diadakan di ruang legar disebabkan ketiadaan elektrik. Program ini hanya melibatkan murid-murid Islam tingkatan 3 dan 5 sahaja kerana murid-murid tingkatan 1,2 dan 4 sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Program telah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 9.10 pagi Antara pengisian yang diadakan ialah tazkirah, kuiz spontan dan takbir secara beramai-ramai. Walaupun aktiviti tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang, aktiviti dapat dijalankan dengan baik.




Bacaan takbir secara beramai-ramai sambil diketuai oleh saudara Rusyaidi


Lihat lain-lain gambar di sini

KURSUS SMART SOLAT

Pada 23 Okt 2012 yang lepas, satu program Kursus Smart Solat telah diadakan di Musolla Al-Munawwarah. Kursus ini merupakan antara program selepas PMR yang dijalankan kepada pelajar tingkatan 3 (Muslim). Kursus bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 1.10 tengah hari.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PUPAQSI yang telah dijemput khas oleh pihak Panitia Pendidikan Islam. Kursus seharian ini sedikit sebanyak membantu pihak Panitia Pendidikan Islam untuk membetulkan bacaan dan perbuatan dalam solat serta perkara yang berkaitan dengannya.

Amali solat berjemaah
Amali solat berjemaah
Tayangan - Solat berjemaah

Wednesday, 24 October 2012

BENGKEL PENGURUSAN HISTERIA JPS 2012

Pada 24 Okt 2012,Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan Bengkel Pengurusan Histeria kepada semua guru Islam sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Selangor di Masjid Negeri Shah Alam. Seramai 187 orang ustaz dan ustazah dijemput menghadiri bengkel ini. Seramai 2 orang guru agama SMK USJ 8 telah dijemput iaitu Ustazah Zarina bt Abd Ghani dan Ustazah Maimunah binti Mansor.
 
Antara slot yang telah diisi sepanjang kursus ini ialah :

 Slot 1 : Pendekatan Dari Sudut Agama Islam
Oleh : Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad (Pen.Pengarah Kanan, Pengurusan Dakwah,JPNS)


Slot 2 : Pengalaman di sekolah menangani kes penyakit histeria
Oleh : En.Kowangit bin Taupek (GPK HEM, SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat)

Slot 3 : Teknik / Kaedah / Strategi Pengurusan Histeria (BUBBLE Teori)
Oleh : Tuan Haji Zailan bin Wagimin (Ketua Sektor, Psikologi dan Kaunseling,JPNS)

Bengkel berakhir dengan solat zuhur dan makan tengah hari.

Tuesday, 23 October 2012

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM

Pada 18 Okt yang lepas, satu Ceramah Teknik Menjawab Kertas Soalan Pendidikan Islam telah diadakan di musolla Al-Munawwarah, SMK USJ 8 kepada semua murid Islam Tingkatan Lima. Ceramah bermula jam 8.10 - 10 .15 pagi. Penceramah jemputan adalah Ustaz Zulkifli bin Ahmad Nor, Guru Cemerlang Pendidikan  Islam dari SMK  ,Sabak Bernam.  Alhamdulillah, banyak perkara dapat dipelajari oleh murid-murid hasil daripada ceramah ustaz yang sangat berkesan.  

Sunday, 21 October 2012

MAJLIS ANUGERAH MUSOLLA 5 BINTANG

Pada 20 Okt 2012 yang lepas, satu Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Islam & Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama JPS telah diadakan di SAM Bandar Baru Salak Tinggi , Sepang. Pelbagai anugerah telah diberikan pada hari tersebut termasuk Anugerah Musolla 5 Bintang. Dengan izin Allah, Musolla Al-Munawwarah telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pengimarahan Musolla peringkat negeri Selangor. Terima kasih kepada hakim-hakim yang terlibat dan semua yang telah mencurah bakti!




Sunday, 14 October 2012

JAWATANKUASA PENGAWAS MUSOLLA AL-MUNAWWARAH


PENGAWAS MUSOLLA
MUSOLLA AL-MUNAWWARAH SMK USJ 8
2012

BIL
NAMA
TINGKATAN
1.       
Zulbazli b. Zainal
(5D)
2.       
Ahmad Aznan Afief b. Bawawi
(5C)
3.       
Muhammad Afiq b. Ahmad Afandi
(5A)
4.       
Muhammad Kalim b Md Ali
(5D)
5.       
Zikrie Aiman b. Zaharudin
(5B)
6.       
Fatin Athirah bt. Abdul Rahman
(5C)
7.       
Dhiya Nurqamarina bt Jamalludin
(5C)
8.       
Siti Hajar bt. Nor Hasnan
(5D)
9.       
Mohd Hazim Ashraf b. Nor Mohd Hamzah
(4D)
10.   
Abdul Rahman b. Azman
(4D)
11.   
Nor Liyana Zakira bt. Zabidi Adil @ Zaibidai Adil
(4A)
12.   
Nur Syuhada bt. Yaacob
(4D)
13.   
Nur Athirah bt. Zulkifli
(4E)
14.   
Zulkifli b. Nurmadi
(3G)
15.   
Ameerudeen b. Mohamed Sheik Daud 
(3G)
16.   
Hazizie b. Hassan Nordeen
(3G)
17.   
Nurul Syazwani bt. Mohamad Nazri
(3A)
18.   
Nik Anis Marsya bt. Asri
(3B)
19.   
Nurul Aiza Izzatie bt. Adi
(3C)
20.   
Aini Marwani bt Che Abdullawapa
(4H)
21.   
Hamizan b. Norzehan
(2B)
22.   
Mohd Nooramin b. Musli
(2B)
23.   
Mohd Sukri b. Ismail
(2C)
24.   
Mohd Az Isqandar Shah b. Zulkiply
(2C)
25.   
Faiz Zuhair Hilmi b. Ramli
(2G)
26.   
Nur Azyra Izzati bt. Adnan
(2A)
27.   
Al-Ieslah bt. Badrul Hisham
(2B)
28.   
Nur Amira bt. Mohd Rahim
(2C)
29.   
Nurul Aida bt. Abd Talip
(2C)
30.   
Nurul Fahimah bt. Hussain
(2E)
31.   
Erieza Syafreena bt. Mohd Fauzi
(2G)
32.   
Mohd Muaz b. Mohamad Jaafar
(1C)
33.   
Muhammad Amirul Akhyar b. Evendi
(1D)
34.   
Mohamed Danish Haqeem b. Abdul Mutalib
(1F)
35.   
Mohd Hishamuddin b. Jefri
(1H)
36.   
Muhammad Haiqal b. Mohd Asri
(1E)
37.   
Nurul Fazilah bt. Hussain
(1F)
38.   
Nur Salihah Syaiz bt. Yasazudi
(1F)
39.   
Suhaila bt. Jaafar
(1G)
40.   
Nurul Syazreen bt. Mohamad Nazri
(1G)

Barisan Pengawas Musolla Al-Munawwarah sesi pagi bagi tahun 2012