Monday, 8 October 2012

Kursus Sembelihan dan Jamuan Aidilfitri 2012

    Pada 8 Septemb er  2012, Panitia Pendidikan Islam dan JK Musolla SMK USJ 8 dengan kerjasama Kelab Guru SMK USJ 8 telah menganjurkan Kursus Simulasi Sembelihan kepada murid-murid Islam tingkatan 4 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.
     Program bermula kira2 jam 8 pagi dengan penerangan multimedia tentang sembelihan oleh Cikgu Sull Hazry. Penerangan berkisarkan tentang pengertian sembelihan, syarat2 sah sembelihan,rukun sembelihan dan lain-lain. Selepas itu, simulasi sembelihan ayam telah dilakukan oleh Cikgu Sull Hazry, dibantu oleh Pembantu Makmal Sains iaitu Encik Indera. Majlis diteruskan dengan sembelihan ayam oleh wakil murid dari setiap kumpulan yang telah ditetapkan. Jumlah ayam yang disembelih pada hari tersebut ialah 5 ekor. Setelah ayam tersebut disembelih, ayam tersebut telah dibersihkan oleh murid-murid mengikut kumpulan masing-masing. Ayam-ayam yang telah dibersihkan dan dipotong telah dijual kepada guru-guru.
       Majlis diteruskan dengan jamuan hari raya di mana murid-murid menjamu selera di kantin sekolah manakala guru-guru menjamu selera di Cafe De U Eight .Perpisahan Cik Lai turut diraikan
Sewaktu majlis ini. Majlis berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.


No comments:

Post a Comment