1- ADAB
KETIKA MASUK KE DALAM MUSOLLA
i Membuka
kasut,
ü Masuk
dengan mendahulukan kaki kanan sambil
berdoa :
اللهم افتح لي أبواب رحمتک
iii Mengucapkan
salam kepada orang yang berada di dalam musolla. Sekiranya tiada sesiapa,
ucapkanlah :
السلام
عليناوعلى عبادالله الصالحين
2- ADAB SEMASA
BERADA DI DALAM MUSOLLA
i Menunaikan
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Lafaz niatnya ialah :
أصلي
سنة تحية المسجد رکعتين لله تعالى
ii Berniat
iktikaf ketika berada di dalam musolla. Lafaz niatnya ialah :
نويت
الاعتکاف في هذا المسجد لله تعالى
iii Duduk
mengadap kiblat.
iv Sentiasa
mengingati Allah Taala dengan melakukan perkara berikut : menuntut ilmu, menunaikan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat kepada Rasulullah SAW,
berdoa dan sebagainya.
v Tidak
melakukan perkara yang tidak berfaedah.
3- ADAB SEMASA
KELUAR DARI MUSOLLA
i Keluar
dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah / berebut-rebut.
ü Mendahulukan
dengan kaki kiri sambil berdoa :
اللهم إني أسألک
من فضلک
iii Memberi
salam kepada orang yang masih berada di dalam musolla dan berazam untuk datang
semula ke musolla.
No comments:
Post a Comment