Monday, 29 October 2012

KURSUS SMART SOLAT

Pada 23 Okt 2012 yang lepas, satu program Kursus Smart Solat telah diadakan di Musolla Al-Munawwarah. Kursus ini merupakan antara program selepas PMR yang dijalankan kepada pelajar tingkatan 3 (Muslim). Kursus bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 1.10 tengah hari.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PUPAQSI yang telah dijemput khas oleh pihak Panitia Pendidikan Islam. Kursus seharian ini sedikit sebanyak membantu pihak Panitia Pendidikan Islam untuk membetulkan bacaan dan perbuatan dalam solat serta perkara yang berkaitan dengannya.

Amali solat berjemaah
Amali solat berjemaah
Tayangan - Solat berjemaah

No comments:

Post a Comment